SALAM

Ahad, 8 Mei 2011

Satu perhentian..

                                                                                                                  
Air akan terus mengalir ke hadapan. Angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus melaju ke hadapan. Makhluk bio juga akan terus bergerak laju ke hadapan, mencari rezeki kehidupan buat mengisi abdomen anugerah tuhan. Tuhan yang menciptakan. Tuhan yang memberi kehidupan. Tuhan yang berkuasa mematikan. Satu lagi yang kita mungkin sering lupa, tuhan yang berhak menguji setiap makhluk ciptaanNya. Namun, sang pokok tidak pernah berhenti untuk berfotosintesis supaya terus hidup memastikan kemandiriannya. Bersesuaianlah dengan firman Allah:
                “ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang dahulu sebelum kamu…”(QS 2:214)
                Setiap cubaan bukan satu perhentian. Mungkin ia satu persinggahan untuk memperbaiki diri kerana kita hanya makhluk yang lemah. Firmannya:
“ …kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah” (QS 4:28) Apabila singgah di perhentian itu, bersegeralah berdoa kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankan. Walau beribu macam perhentian, yakinlah bahawa perhentian akhir kita adalah maut. Teruslah melaju ke hadapan. Jangan melawan sunnah kehidupan untuk terus melangkah ke hadapan. Ingatlah bahawa air sungai akan terus mengalir ke hadapan, angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus ke hadapan. Malah, makhluk bio juga akan terus bergerak ke hadapan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan