Real Madrid pendahulu liga
Barcelona Fc sengit mencabar
Sunnah mujahid bersiap siaga
Depani tribulasi tabah dan sabar
Cristiano Ronaldo wira penggempur
Lionel Messi lincah beraksi
Pemuda siap ke medan tempur
Mengambil ruang demokrasi
Manchester United kelab ternama
Wayne Rooney penyerang handal
Juang dan dakwah tegak agama
Keras semangat berjiwa kental
Ac Milan harum di bumi Itali
Tidak ketinggalan Inter Milan
Ditelan kurun sejarah bertali
Istiqamah berjuang tanpa bosan
Bayern Munich pasukan hebat
Michael Ballack kebanggaan German
Cabaran sengit ancaman jahat
Taqwa perisai orang beriman
Lyon mencetak pemain berbisa
Zinaden Zidan lagenda Perancis
Islam tuntut korban masa
Sesaat lengah menyesal tak habis
Pele lagenda bolasepak dunia
Santos kilang mencetak penyerang
Tegak Islam tadbir dunia
Wasiat nabi amanah pejuang
Maradona ditabal raja bola
River Plate digelar sang juara
Meredah onak menuju hala
Redha Allah selamatkan negara
Piala dunia empat tahun sekali
Menjadi pentas bintang beraksi
Berundur tapak tidak sekali
Begitulah prinsip pejuang beraksi
Bolasepak negara mula bangkit
Mencari rentak menebus maruah
Biar rebah biar sakit
Terus berjuang kemenangan membuah
[Nasrudin bin Hassan]
Musafir Kasih
Islam is My Way
Isnin, 16 April 2012
Khamis, 15 Mac 2012
PERKARA-PERKARA YG BERKAITAN DENGAN SOLAT.(A. kelebihan masjid)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"hanya orang-orang yg beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajala yg memakmurkan masjid-masjid Allah" (at-taubah:18)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"barang siapa demi keredhaan Allah,membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati,nescaya Allah akan membina istana untuknya di syurga"(HR:ibnu majah dan ibnu hibban)
"orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya"(HR:Tabarani)
"Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat"(HR:Ahmad, Bukhari dan lain2)
"Tiada(sempurna) solat seseorang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid"(HR:Daraqutni)
"malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selesai solat dan masihndi tempat solatnya itu. Para malaikat berdoa"Ya Allah, berilah kepadanya rahmat dan keampunan-MU,"begitulah tidak terhenti selama orang itu tidak batal wuduk atau keluar dari masjid"
(HR:Bukhari)
"Bila kamu melihat seseorang yang yang selalu duduk dan dan berkunjung ke masjid-masjid, lihatlah orang tiu sebagai manusia yang beriman."(HR:Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Said bin Musaiyab berkata: "orang yang duduk di masjid seolah-olah duduk bersama Tuhannya. Maka tidaklah patut bercakap perkara yang tidak baik"
Telah diriwayatkan iaitu iaitu riwayat dalam bentuk asal(khabar), "berbual di masjid, ,melahap pahala perbuatan-perbuatan baik, seperti haiwan ternakan melahap rumput rumpai."
Anas bin Malik berkata: "orang yang menerangi masjid dengan sebuah lampu, maka para malaikat dan para pemikul Arsy akan memohonkn ampunan baginya, selama lampu itu menerangi masjid."
Ali bin Abi Talib ra. berkata: "Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia, tempat solatnya di bumi dan tempat amalannya akan mendaki di langit dan menangis pemergiannya."
Kemudian Ali ra. membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
"maka langit dan bukit tidak menangisi mereka(iaitu orang-orang derhaka) dan mereka pun tidak diberi tempoh (tangguh)." (Ad-Dukhaan: 29)
Tentang hal tersebut Ibnu Abbas berkata: "bumi akan menangisi pemergiannya selama empat puluh hari"
Asaq Al-Khurasani berkata: "seseorang yang pernah bersujud kepada Allah satu kali sujud di atas suatu tempat di bumi ini, tempat itu akan bersaksi untuknya pada hari kiamat, dan menangis pada hari dia meninggal dunia."
Anas bin Malik telah berkata: "bahagian tanah yang digunakan oleh seseorang untuk mengingati Allah dengan berzikir atau solat di atasnya, menjadikan tanah itu merasa bangga atas bahagian-bahagian lain dari bumi sekitarnya juga bahagian tanah itu sangat suka zikir yang ditujukan kepada Allah yang dilakukan di atasnya sampai lapis bumi yang ke tujuh. Apabila seseorang berdiri untuk solat, bahagian tanah itu akan berhias untuknya."
Telah dikatakan pula, orang-orang yang menetap di suatu tempat, sesungguhnya tempat itu memohonkan ampunan bagi para penghuninya ataupun melaknat mereka.(maksudnya bergantung kepada amalan yang dilakukan, sama ada taat kepada Allah atau melakukan maksiat kepada Allah SWT)
[rujukan:rahsia hakikat solat menurut tauhid,feqah dan tasauf(imam al ghazali as syafie)]

Khamis, 15 Disember 2011
muhasabah buat diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Selasa, 13 Disember 2011
HADIS (ibadah)
| Kategori : IBADAH Solat | |
| Tajuk : | |
| Ganjaran Memenuhi Dan Merapatkan Saf | |
| Hadith : | |
Dari Nabi s.a.w, (mengenai peristiwa) ketika Umar datang mengadap Baginda s.a.w, lalu berkata: "(Ya Rasulullah!) kami ada mendengar cerita-cerita dan nasihat pengajaranyang menarik hati dari orang-orang Yahudi, maka bagaimana fikiran tuan, bolehkah kami menulis sebahagian daripadanya?" (mendengar yang demikian) Baginda s.a.w bersabda: " Adakah kamu merasa ragu-ragu dan serba salah (dalam ajaran agama kamu) sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang telah ragu-ragu dan meraba-raba (dalam ajaran agama mereka)? Demi sesungguhnya! Aku telah membawa kepada kamu agama Islam dengan keadaannya yang jelas nyata dan bersih suci (dari sebarang perkara syirik dan penyelewengan), dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi, (sudah tentu) tidak ada jalan lain baginya daripada menurutku." Jabir r.a
|
Mirwana - Bumi Akhir Usia.rar - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun
Mirwana - Bumi Akhir Usia.rar - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun: Mirwana - Bumi Akhir Usia.rar
Khamis, 1 Disember 2011
Rabu, 30 November 2011
PEMIMPIN AMANAH LAHIRKAN NEGARA BERKAT
Pemimpin amalkan sikap terpuji mampu jamin kesejahteraan, keharmonian masyarakat.Pemimpin adalah teladan kepada pengikutnya. Ketokohan dan keterampilan mereka dengan akhlak mulia sedikit sebanyak mempengaruhi corak pemerintahan seperti kepemimpinan Rasulullah yang berjaya menarik golongan bukan Islam memeluk Islam serta mentaati Baginda sebagai ketua negara.
Sebagai teladan, pemimpin perlu menunjukkan sahsiah yang baik dalam kepemimpinan dan kehidupan harian. Satu sifat diperlukan untuk melaksanakan segala dipertanggungjawabkan ialah amanah.
Amanah, sifat terpuji pada diri Rasulullah yang diberi gelaran al-Amin oleh Quraisy Makkah apabila meraih kepercayaan mereka dengan melaksanakan tuntutan diamanahkan. Apabila tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna, perasaan tenteram, aman, selamat dan harmonis akan dirasai.
Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada (orang) yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Nisa’: Ayat 58).
Sesungguhnya seseorang yang mempunyai sifat amanah, tidak akan timbul di hatinya melakukan sebarang pengkhianatan atau penipuan terhadap perkara diamanahkan kepadanya.
Firman Allah bermaksud: “Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mengamanahkan kepadanya harta yang banyak, dikembalikan kepadamu; dan ada antara mereka orang yang jika kamu mengamanahkan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menuntutnya.” (Surah Ali-Imran: Ayat 75).
Konsep amanah luas, bukan berkait dengan tanggungjawab diberikan malah penjagaan diri, keluarga, hubungan sesama jiran dan masyarakat juga amanah yang perlu dipenuhi. Amanah terhadap diri sendiri seperti kewajipan menjaga kesihatan tubuh badan, menyediakan keperluan pakaian, makanan termasuk juga berusaha memperbaiki masa depan.
Amanah seorang ayah pula memelihara dan memberi didikan kepada anak serta membimbing mereka ke jalan diredai Allah.
Allah menawarkan amanah kepada semua makhluk tetapi hanya manusia bersedia memikul amanah itu menjadi khalifah yang mentadbir bumi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menawarkan tanggungjawab memikul amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab: Ayat 72).
Umat manusia tidak boleh melepaskan diri daripada menunaikan amanah terutama dalam menjalankan urusan pentadbiran menguruskan masyarakat yang semestinya dipelihara dan dikawal tanpa dicemari unsur merosakkan.

Sebarang kerosakan kepada urusan pentadbiran masyarakat perlu diperbaiki berdasarkan amanah diserahkan. Manusia perlu amanah kepada diri, keluarga, kerjaya dan negara di samping menunaikan amanah yang diserahkan agama.
Sebenarnya, kecuaian menjalankan tugas, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, melakukan tugas peribadi dengan berselindung di sebalik tugas rasmi boleh meruntuhkan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.
Masyarakat boleh kucar-kacir, porak-peranda dan tidak puas hati disebabkan perbuatan tidak amanah.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Lalu sahabat bertanya: Bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahli, maka tunggulah saat kehancurannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Amanah ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipersoalkan seperti difahami daripada sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seseorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.” (Hadis riwayat Muslim).
Langgan:
Catatan (Atom)