SALAM

Jumaat, 19 Oktober 2012

Salam sayyidul ayyam {catatan d petang jumaat}

Detik demi detik, hari demi hari, Alhamdulillah, Allah masi bgi peluang kepada kita merasai nikmatnya yang sempurna, Baiknya Allah pada kita. Namun, sebagai manusia biasa (kosong kosong), pastinya langkah tersasar jua tnpa kita sedari. Malah, Allahmengirim ujian buat kita, Maka segera hati d ubati dengan kalam yang indah:

Ketika Allah rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yg mana isinya adalah ujian.Memetik ayat Allah dlam hadis Qudsi:

"pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya."(HR Thabarani dan Abu Umamah)

Ya Allah hilangkan rasa kekecewaan di hati ini.

Sebenarnya diri ini sangat mengkagumi mereka yang suda lama berada dalam jalan Tarbiyyah. Apatahlagi yang benar2 dari produk Tarbiyyah bukan produk tarbiyyah express seperti diri ini.


Allahu Rabbi !!

Teringat kata mutiara yang sering d ucapkan oleh seorang murabbi

'Biarlah tidak dikenali penduduk dunia atas kehebatan ilmu, kepandaian, kepimpinan dan kecerdikan. Cukup nama menjadi sebutan penduduk di langit dan Allah mengenal kerana iman dan taqwa.'



Khamis, 4 Oktober 2012

catatan 19 Zulkaedah 1433(jumaat)


Melaknat Dalam Islam


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَا يَنْبَغِي لِصِدِّيقٍ أَنْ يَكُونَ لَعَّانًا
“Tidak boleh orang yang jujur itu suka melaknat.” (HR. Muslim no. 2597)

Abu Ad-Darda` radhiallahu anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَا يَكُونُ اللَّعَّانُونَ شُفَعَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka melaknat itu tidak akan dapat menjadi syuhada’ (orang-orang yang menjadi saksi) dan tidak pula dapat memberi syafa’at pada hari kiamat kelak.” (HR. Muslim no. 2598)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
“Seorang mukmin bukanlah orang yang sukamencela, melaknat, berperangai buruk, dan mengucapkan ucapan yang kotor.” (HR. At-Tirmizi no. 1977 dan dinyatakan shahih oleh Al-Wadi’i dalam Ash-Shahih Al-Musnad: 2/24)

Abu Ad-Darda radhiallahu anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tertutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, dia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.” (HR. Abu Daud no. 4905 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 1269)


Laknat mempunyai dua makna:
a.    Celaan atau cercaan.
b.    Menjauhkan dari rahmat Allah.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata tentang hadits ‘Barangsiapa yang melaknat seorang muslim maka dia seperti membunuhnya’, “Karena jika dia melaknatnya maka seakan-akan dia mendoakan kebinasaan atasnya.”
Karenanya Nabi shallallahu alaihi wasallam mengingatkan bahayanya melaknat dan mengabarkan bahwa siapa saja yang melaknat orang yang tidak pantas untuk dilaknat, maka hukum laknat ini akan kembali kepadanya.
Oleh karena itu tidak boleh melaknat seorang muslim baik dia telah mati apalagi jika dia masih hidup. Karena melaknatnya berarti menjauhkan dia dari rahmat Allah dan itu sama saja dengan menghukuminya sebagai orang kafir atau memastikan dia masuk dalam neraka, sementara hanya orang kafir yang dijauhkan dari rahmat Allah dan dipastikan masuk neraka. Jadi pikir 1000x jika ingin melaknat/menyumpahi orang lain jangan sampai sumpah serapah itu berbalik kepada kita sendiri.
sumber: http://sebatascerita.blogspot.com/2011/04/hukum-melaknat-dalam-islam.html

10 Muwasafat Tarbiyyah


1) Aqidah Sejahtera
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin


3) Akhlak Yang Mantap
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4)Mampu Bekerja
Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi


5) Berpengetahuan luas
Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6) Tubuh Yang Cergas
Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit


7)Mujahadah (Menguasai Diri)
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8)Teratur urusannya
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


9)Sangat Menghargai Masa
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar


10)Bermanfaat Kpd Orang Lain
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai



sumber :http://msmwestmidlands.wordpress.com/10-muwasafat-tarbiyyah/





Isnin, 16 April 2012

semarak bola PERJUANGAN MEMBARA !

 Real Madrid pendahulu liga
Barcelona Fc sengit mencabar
Sunnah mujahid bersiap siaga
Depani tribulasi tabah dan sabar

 Cristiano Ronaldo wira penggempur
Lionel Messi lincah beraksi
Pemuda siap ke medan tempur
Mengambil ruang demokrasi

 Manchester United kelab ternama
Wayne Rooney penyerang handal
Juang dan dakwah tegak agama
Keras semangat berjiwa kental

 Ac Milan harum di bumi Itali
Tidak ketinggalan Inter Milan
Ditelan kurun sejarah bertali
Istiqamah berjuang tanpa bosan

 Bayern Munich pasukan hebat
Michael Ballack kebanggaan German
Cabaran sengit ancaman jahat
Taqwa perisai orang beriman

 Lyon mencetak pemain berbisa
Zinaden Zidan lagenda Perancis
Islam tuntut korban masa
Sesaat lengah menyesal tak habis

 Pele lagenda bolasepak dunia
Santos kilang mencetak penyerang
Tegak Islam tadbir dunia
Wasiat nabi amanah pejuang

 Maradona ditabal raja bola
River Plate digelar sang juara
Meredah onak menuju hala
Redha Allah selamatkan negara

 Piala dunia empat tahun sekali
Menjadi pentas bintang beraksi
Berundur tapak tidak sekali
Begitulah prinsip pejuang beraksi

 Bolasepak negara mula bangkit
Mencari rentak menebus maruah
Biar rebah biar sakit
Terus berjuang kemenangan membuah

[Nasrudin bin Hassan]

Khamis, 15 Mac 2012

PERKARA-PERKARA YG BERKAITAN DENGAN SOLAT.(A. kelebihan masjid)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"hanya orang-orang yg beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajala yg memakmurkan masjid-masjid Allah" (at-taubah:18)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"barang siapa demi keredhaan Allah,membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati,nescaya Allah akan membina istana untuknya di syurga"(HR:ibnu majah dan ibnu hibban)

"orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya"(HR:Tabarani)

"Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat"(HR:Ahmad, Bukhari dan lain2)

"Tiada(sempurna) solat seseorang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid"(HR:Daraqutni)

"malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selesai solat dan masihndi tempat solatnya itu. Para malaikat berdoa"Ya Allah, berilah kepadanya rahmat dan keampunan-MU,"begitulah tidak terhenti selama orang itu tidak batal wuduk atau keluar dari masjid"
 (HR:Bukhari)

"Bila kamu melihat seseorang yang yang selalu duduk dan dan berkunjung ke masjid-masjid, lihatlah orang tiu sebagai manusia yang beriman."(HR:Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Said bin Musaiyab berkata: "orang yang duduk di masjid seolah-olah duduk bersama Tuhannya. Maka tidaklah patut bercakap perkara yang tidak baik"

Telah diriwayatkan iaitu iaitu riwayat dalam bentuk asal(khabar), "berbual di masjid, ,melahap pahala perbuatan-perbuatan  baik, seperti haiwan ternakan melahap rumput rumpai."

Anas bin Malik berkata: "orang yang menerangi masjid dengan sebuah lampu, maka para malaikat dan para pemikul Arsy akan memohonkn ampunan baginya, selama lampu itu menerangi masjid."

Ali bin Abi Talib ra. berkata: "Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia, tempat solatnya di bumi dan tempat amalannya akan mendaki di langit dan menangis pemergiannya."

Kemudian Ali ra. membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
"maka langit dan bukit tidak menangisi mereka(iaitu orang-orang derhaka) dan mereka pun tidak diberi tempoh (tangguh)." (Ad-Dukhaan: 29)

Tentang hal tersebut Ibnu Abbas berkata: "bumi akan menangisi pemergiannya selama empat puluh hari"

Asaq Al-Khurasani berkata: "seseorang yang pernah bersujud kepada Allah satu kali sujud di atas suatu tempat di bumi ini, tempat itu akan bersaksi untuknya pada hari kiamat, dan menangis pada hari dia meninggal dunia."

Anas bin Malik telah berkata: "bahagian tanah yang digunakan oleh seseorang untuk mengingati Allah dengan berzikir atau solat di atasnya, menjadikan tanah itu merasa bangga atas bahagian-bahagian lain dari bumi sekitarnya juga bahagian tanah itu sangat suka zikir yang ditujukan kepada Allah yang dilakukan di atasnya sampai lapis bumi yang ke tujuh. Apabila seseorang berdiri untuk solat, bahagian tanah itu akan berhias untuknya."

Telah dikatakan pula, orang-orang yang menetap di suatu tempat, sesungguhnya tempat itu memohonkan ampunan bagi para penghuninya ataupun melaknat mereka.(maksudnya bergantung kepada amalan yang dilakukan, sama ada taat kepada Allah atau melakukan maksiat kepada Allah SWT)

[rujukan:rahsia hakikat solat menurut tauhid,feqah dan tasauf(imam al ghazali as syafie)]