SALAM

Isnin, 16 Mei 2011

EPILOG SEORANG HAMBA..

Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambamu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku
Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia..

TEMAN..

ketika mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra

masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka bersama

biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
tetap engkau temanku

riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
angannya tetap serupa

adakalanya kita juga saling terluka
namun diakhirnya kita tetap bersama
dan kini di pisahkan dua benua
saling mengejar cita
tak pernah ku lupakan 
detik yang indah bersamamu

TEMANKU.. 


Ahad, 8 Mei 2011

Satu perhentian..

                                                                                                                  
Air akan terus mengalir ke hadapan. Angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus melaju ke hadapan. Makhluk bio juga akan terus bergerak laju ke hadapan, mencari rezeki kehidupan buat mengisi abdomen anugerah tuhan. Tuhan yang menciptakan. Tuhan yang memberi kehidupan. Tuhan yang berkuasa mematikan. Satu lagi yang kita mungkin sering lupa, tuhan yang berhak menguji setiap makhluk ciptaanNya. Namun, sang pokok tidak pernah berhenti untuk berfotosintesis supaya terus hidup memastikan kemandiriannya. Bersesuaianlah dengan firman Allah:
                “ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang dahulu sebelum kamu…”(QS 2:214)
                Setiap cubaan bukan satu perhentian. Mungkin ia satu persinggahan untuk memperbaiki diri kerana kita hanya makhluk yang lemah. Firmannya:
“ …kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah” (QS 4:28) Apabila singgah di perhentian itu, bersegeralah berdoa kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankan. Walau beribu macam perhentian, yakinlah bahawa perhentian akhir kita adalah maut. Teruslah melaju ke hadapan. Jangan melawan sunnah kehidupan untuk terus melangkah ke hadapan. Ingatlah bahawa air sungai akan terus mengalir ke hadapan, angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus ke hadapan. Malah, makhluk bio juga akan terus bergerak ke hadapan…

Sabtu, 7 Mei 2011

HIKMAT BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI ) 
Madah Dari Hukama: 
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

OSAMA BIN LADEN ?!

Selepas hampir 10 tahun kejadian 11 September, Isnin lalu dunia dikhabarkan satu propaganda yang direka oleh Amerika, Osama Bin Laden telah dibunuh, ditembak di kepala dalam satu operasi di Pakistan. Maka bergembiralah rata-rata rakyat Amerika yang kehilangan ahli keluarga sewaktu kejadian 11 September yang dirancang sendiri oleh pemimpin Amerika. That was an inside job!

Kasihan rakyat Amerika yang menerima penipuan sebagai satu kebenaran. Dulu menggunakan senjata pemusnah untuk memerangi Iraq, tapi sampai sekarang tidak dapat membuktikan. Menuduh Iran membangunkan senjata berkuasa nuklear walhal mereka dahulu yang menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sekarang, apabila dunia mahu Amerika menunjukkan jasad Osama, alasan Islamik digunakan; jasad itu telah selamat dikebumikan di laut.

Keadilan! Itu yang dicari Barrack Obama, tetapi sahabat karib si Israel masih terus mengganggu bumi Palestin. Penderitaan rakyat Palestin yang bermula pada 15 Mei 1948 jauh lebih pedih dari serangan 11 September 2001 dan masih tidak ada tanda-tanda wujudnya keadilan.

Osama Bin Laden hanyalah cerita yang direka Amerika untuk membutakan kita. Amerika telah menoktahkan sendiri cerita Osama selepas 10 tahun dan rakyat sendiri dikorbankan untuk mencipta kempen memerangi keganasan dan berdiri sebagai hero dunia. Kasihan tentera-tentera yang berperang untuk Amerika kerana berperang untuk kempen palsu. Selepas ini apa pula?

Perang masih belum tamat...