SALAM

Khamis, 15 Mac 2012

PERKARA-PERKARA YG BERKAITAN DENGAN SOLAT.(A. kelebihan masjid)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"hanya orang-orang yg beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sahajala yg memakmurkan masjid-masjid Allah" (at-taubah:18)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"barang siapa demi keredhaan Allah,membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati,nescaya Allah akan membina istana untuknya di syurga"(HR:ibnu majah dan ibnu hibban)

"orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya"(HR:Tabarani)

"Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat"(HR:Ahmad, Bukhari dan lain2)

"Tiada(sempurna) solat seseorang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid"(HR:Daraqutni)

"malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selesai solat dan masihndi tempat solatnya itu. Para malaikat berdoa"Ya Allah, berilah kepadanya rahmat dan keampunan-MU,"begitulah tidak terhenti selama orang itu tidak batal wuduk atau keluar dari masjid"
 (HR:Bukhari)

"Bila kamu melihat seseorang yang yang selalu duduk dan dan berkunjung ke masjid-masjid, lihatlah orang tiu sebagai manusia yang beriman."(HR:Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Said bin Musaiyab berkata: "orang yang duduk di masjid seolah-olah duduk bersama Tuhannya. Maka tidaklah patut bercakap perkara yang tidak baik"

Telah diriwayatkan iaitu iaitu riwayat dalam bentuk asal(khabar), "berbual di masjid, ,melahap pahala perbuatan-perbuatan  baik, seperti haiwan ternakan melahap rumput rumpai."

Anas bin Malik berkata: "orang yang menerangi masjid dengan sebuah lampu, maka para malaikat dan para pemikul Arsy akan memohonkn ampunan baginya, selama lampu itu menerangi masjid."

Ali bin Abi Talib ra. berkata: "Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia, tempat solatnya di bumi dan tempat amalannya akan mendaki di langit dan menangis pemergiannya."

Kemudian Ali ra. membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
"maka langit dan bukit tidak menangisi mereka(iaitu orang-orang derhaka) dan mereka pun tidak diberi tempoh (tangguh)." (Ad-Dukhaan: 29)

Tentang hal tersebut Ibnu Abbas berkata: "bumi akan menangisi pemergiannya selama empat puluh hari"

Asaq Al-Khurasani berkata: "seseorang yang pernah bersujud kepada Allah satu kali sujud di atas suatu tempat di bumi ini, tempat itu akan bersaksi untuknya pada hari kiamat, dan menangis pada hari dia meninggal dunia."

Anas bin Malik telah berkata: "bahagian tanah yang digunakan oleh seseorang untuk mengingati Allah dengan berzikir atau solat di atasnya, menjadikan tanah itu merasa bangga atas bahagian-bahagian lain dari bumi sekitarnya juga bahagian tanah itu sangat suka zikir yang ditujukan kepada Allah yang dilakukan di atasnya sampai lapis bumi yang ke tujuh. Apabila seseorang berdiri untuk solat, bahagian tanah itu akan berhias untuknya."

Telah dikatakan pula, orang-orang yang menetap di suatu tempat, sesungguhnya tempat itu memohonkan ampunan bagi para penghuninya ataupun melaknat mereka.(maksudnya bergantung kepada amalan yang dilakukan, sama ada taat kepada Allah atau melakukan maksiat kepada Allah SWT)

[rujukan:rahsia hakikat solat menurut tauhid,feqah dan tasauf(imam al ghazali as syafie)]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan