SALAM

Khamis, 15 Disember 2011

muhasabah buat diri



1.     Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2.     Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3.     Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4.     Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5.     Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6.     Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7.     Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8.     Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9.     Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.   Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Rabu, 30 November 2011

PEMIMPIN AMANAH LAHIRKAN NEGARA BERKAT



Sesungguhnya seseorang yang mempunyai sifat amanah, tidak akan timbul di hatinya melakukan sebarang pengkhianatan atau penipuan terhadap perkara diamanahkan kepadanya.
Firman Allah bermaksud: “Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mengamanahkan kepadanya harta yang banyak, dikembalikan kepadamu; dan ada antara mereka orang yang jika kamu mengamanahkan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menuntutnya.” (Surah Ali-Imran: Ayat 75).

Konsep amanah luas, bukan berkait dengan tanggungjawab diberikan malah penjagaan diri, keluarga, hubungan sesama jiran dan masyarakat juga amanah yang perlu dipenuhi. Amanah terhadap diri sendiri seperti kewajipan menjaga kesihatan tubuh badan, menyediakan keperluan pakaian, makanan termasuk juga berusaha memperbaiki masa depan.

Amanah seorang ayah pula memelihara dan memberi didikan kepada anak serta membimbing mereka ke jalan diredai Allah.
Allah menawarkan amanah kepada semua makhluk tetapi hanya manusia bersedia memikul amanah itu menjadi khalifah yang mentadbir bumi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menawarkan tanggungjawab memikul amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab: Ayat 72).
Umat manusia tidak boleh melepaskan diri daripada menunaikan amanah terutama dalam menjalankan urusan pentadbiran menguruskan masyarakat yang semestinya dipelihara dan dikawal tanpa dicemari unsur merosakkan.
Amanah seorang ayah pula memelihara dan memberi didikan kepada anak serta membimbing mereka ke jalan diredai Allah.
Allah menawarkan amanah kepada semua makhluk tetapi hanya manusia bersedia memikul amanah itu menjadi khalifah yang mentadbir bumi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menawarkan tanggungjawab memikul amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab: Ayat 72).
Umat manusia tidak boleh melepaskan diri daripada menunaikan amanah terutama dalam menjalankan urusan pentadbiran menguruskan masyarakat yang semestinya dipelihara dan dikawal tanpa dicemari unsur merosakkan.
Sebarang kerosakan kepada urusan pentadbiran masyarakat perlu diperbaiki berdasarkan amanah diserahkan. Manusia perlu amanah kepada diri, keluarga, kerjaya dan negara di samping menunaikan amanah yang diserahkan agama.
Sebenarnya, kecuaian menjalankan tugas, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, melakukan tugas peribadi dengan berselindung di sebalik tugas rasmi boleh meruntuhkan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.
Masyarakat boleh kucar-kacir, porak-peranda dan tidak puas hati disebabkan perbuatan tidak amanah.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Lalu sahabat bertanya: Bagaimana mensia-siakannya? Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahli, maka tunggulah saat kehancurannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Amanah ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipersoalkan seperti difahami daripada sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seseorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.” (Hadis riwayat Muslim).


Selasa, 29 November 2011

Menjaga perasaan( AKIDAH Akhlak )

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” 
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 28 November 2011

Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah(AKIDAH AKHLAK)

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
 
(al-Bukhari)


Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sabtu, 24 September 2011

karangan lengkap


Contoh Karangan : Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Selasa, 13 September 2011

Berdoalah Kepada Allah S.W.T

Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)

sumber:iluvislam.com(mujahidah puteri)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Mirwana Hikmah Kembara (Official Videoclip)


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia

Jumaat, 5 Ogos 2011

ratuku

ratuku,
ingin ku luahkan apa yg selama ini ingin ku luahkan,
tentang kebimbangan ku ini 
tatkala melihat bunga bunga  yang berguguran
di petik tangan tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah


ratuku,
kebimbangan ku ini masih menebal
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu 
walau tanpa relamu


ratuku,
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga yang takda yang segan silu
menampiaskan kecantikannnya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya


ratuku,
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
kerana apa yang aku lihat 
hari ini banyak bunga bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh


ratuku, 
bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa
yang berlari lari antara safa dan marwah
bukan jua sesetia Ainul Mardiah
menanti kekasih di pintu syurga


ratuku,
akuilah hakikat yg tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aisyah
bukan jua Rabiatul Adawiyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar kau mencontohi bunga bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga keharumannya
melewati pintu pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga unga xdapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu


ratuku,
esok musim bunga pastikan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi 
cuma yang kuharapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan gagak gagak hitam itu merosak serimu
kerana kau ratu idaman kalbu


ratuku,
aku bukanlah memandang kecantikkanmu
walaupun kadang kala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum lega
kerana akan kutemui
ratu yang benar benar RATU

Khamis, 2 Jun 2011

I must remember

If now I happy 
I must remember before this I sad 
If now I success 
I must remember before this I failed 
If now I clever 
I must remember before this I stupid 
If now I rich 
I must remember before this I poor 
If now I strong
I must remember before this I weak 
If now I healthy 
I must remember before this I sick 

But…
Tomorrow is difference
Tomorrow is a new life
Tomorrow maybe I die
Tomorrow not same as today
Only one not change
 
This is Islam
Thanks for Allah
Give me heart for to feel
Give me brain for to think
Give me eye for to see
Give me Quran for to read
and to understand and practice
Give me Hadiths for to life guide

Now…

My wish is to see the Prophet Muhammad s.a.w. ...

Thank you Allah
Thank you Allah
Thank you Allah ...

For all bless and Nikmat

Rabu, 1 Jun 2011

Debu Yang Beterbangan.

Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.  (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.


Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. " (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."


Isnin, 16 Mei 2011

EPILOG SEORANG HAMBA..

Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambamu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku
Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia..

TEMAN..

ketika mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra

masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka bersama

biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
tetap engkau temanku

riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
angannya tetap serupa

adakalanya kita juga saling terluka
namun diakhirnya kita tetap bersama
dan kini di pisahkan dua benua
saling mengejar cita
tak pernah ku lupakan 
detik yang indah bersamamu

TEMANKU.. 


Ahad, 8 Mei 2011

Satu perhentian..

                                                                                                                  
Air akan terus mengalir ke hadapan. Angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus melaju ke hadapan. Makhluk bio juga akan terus bergerak laju ke hadapan, mencari rezeki kehidupan buat mengisi abdomen anugerah tuhan. Tuhan yang menciptakan. Tuhan yang memberi kehidupan. Tuhan yang berkuasa mematikan. Satu lagi yang kita mungkin sering lupa, tuhan yang berhak menguji setiap makhluk ciptaanNya. Namun, sang pokok tidak pernah berhenti untuk berfotosintesis supaya terus hidup memastikan kemandiriannya. Bersesuaianlah dengan firman Allah:
                “ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang dahulu sebelum kamu…”(QS 2:214)
                Setiap cubaan bukan satu perhentian. Mungkin ia satu persinggahan untuk memperbaiki diri kerana kita hanya makhluk yang lemah. Firmannya:
“ …kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah” (QS 4:28) Apabila singgah di perhentian itu, bersegeralah berdoa kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankan. Walau beribu macam perhentian, yakinlah bahawa perhentian akhir kita adalah maut. Teruslah melaju ke hadapan. Jangan melawan sunnah kehidupan untuk terus melangkah ke hadapan. Ingatlah bahawa air sungai akan terus mengalir ke hadapan, angin akan terus menghembus ke hadapan. Kafilah dagang akan terus ke hadapan. Malah, makhluk bio juga akan terus bergerak ke hadapan…

Sabtu, 7 Mei 2011

HIKMAT BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI ) 
Madah Dari Hukama: 
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

OSAMA BIN LADEN ?!

Selepas hampir 10 tahun kejadian 11 September, Isnin lalu dunia dikhabarkan satu propaganda yang direka oleh Amerika, Osama Bin Laden telah dibunuh, ditembak di kepala dalam satu operasi di Pakistan. Maka bergembiralah rata-rata rakyat Amerika yang kehilangan ahli keluarga sewaktu kejadian 11 September yang dirancang sendiri oleh pemimpin Amerika. That was an inside job!

Kasihan rakyat Amerika yang menerima penipuan sebagai satu kebenaran. Dulu menggunakan senjata pemusnah untuk memerangi Iraq, tapi sampai sekarang tidak dapat membuktikan. Menuduh Iran membangunkan senjata berkuasa nuklear walhal mereka dahulu yang menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sekarang, apabila dunia mahu Amerika menunjukkan jasad Osama, alasan Islamik digunakan; jasad itu telah selamat dikebumikan di laut.

Keadilan! Itu yang dicari Barrack Obama, tetapi sahabat karib si Israel masih terus mengganggu bumi Palestin. Penderitaan rakyat Palestin yang bermula pada 15 Mei 1948 jauh lebih pedih dari serangan 11 September 2001 dan masih tidak ada tanda-tanda wujudnya keadilan.

Osama Bin Laden hanyalah cerita yang direka Amerika untuk membutakan kita. Amerika telah menoktahkan sendiri cerita Osama selepas 10 tahun dan rakyat sendiri dikorbankan untuk mencipta kempen memerangi keganasan dan berdiri sebagai hero dunia. Kasihan tentera-tentera yang berperang untuk Amerika kerana berperang untuk kempen palsu. Selepas ini apa pula?

Perang masih belum tamat...

Jumaat, 18 Mac 2011

(...)HARI INI

Manusia hari ini suka sangka-sangka 
Ada sangkaan baik... 
Ada sangkaan buruk... 
Org beribadah disangka riak 
Org yg relax disangka malas 
Org yg pakai baju baru disangka menunjuk 
Org yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 
Org makan banyak disangka pelahap 
Org makan sikit disangka diet 
Org baik disangka buruk 
Org buruk disangka baik 
Org senyum disangka mengejek 
Org masam disangka merajuk 
Org bermuzakarah disangka mengumpat 
Org diam disangka menyendiri 
Org menawan disangka pakai susuk 
Org nampak ceria disangka membela 
mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepadaAllah 
mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah 
mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa 
mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 
mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya 
 
"Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... 
satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yg boleh kita buat. 
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya :)"
 
wallahualam 

insyaALLAH

AKU DAN ....

Rabu, 16 Mac 2011

Dunia & Akhirat..



Ketika seseorang hamba Allah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang perbandingan antara dunia dan akhirat,
Lalu Rasulullah pun menjawab dan berkata "adapun segala keseronokan di dunia ini tidak lain adalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Jika dibandingkan dengan kenikmatan yang terdapat di dalam syurga, maka dunia adalah tidak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbuti oleh beberpa ekor anjing"

Lalu seseorang itu bertanya lagi kepada Rasulullah SAW tentang perbandingan antara dunia dan akhirat.
Maka Rasulullah menjawab "celupkan jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itu adalah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di segala lautan itukah akhirat."

KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH SEMENTARA, KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH BEKALAN UNTUK KITA BERADA DI MANA DI AKHIRAT KELAK..

JIKA AKU JATUH CINTA ? ? ?

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin,...
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta yang binasa.



Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertarik dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Selasa, 15 Mac 2011

PERJUANGAN



Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya, andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padaNYA. Tapi hakikatnya perjuangan bukanlah sebegitu, turun naiknya, sakit pedihnya umpama kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula, andai terluka ingatlah janjiNYA. Ana yakin dan percaya kita pasti akan peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

'wallahu'alam'